fbpx

Cuaca buruk di tujuh negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi beberapa negeri malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam ini.

“Amaran tersebut melibatkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak manakala kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Raub di Pahang.

“Di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh kawasan Kuala Lumpur,” katanya.

Di selatan, keadaan sama turut dijangkakan berlaku di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu.

Sementara itu, di Sarawak membabitkan Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang manakala di Sabah keadaan tertumpu di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada serta berhati-hati terutama pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI