fbpx

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESAN pelancaran 13,500 senjata nuklear dianggarkan mampu memusnahkan kesemua 4,500 bandar di Bumi. – Getty/iStockphoto

MOSCOW – Sebuah saluran di Youtube bernama Kurzgesagt memuat naik sebuah video yang memaparkan gambaran menakutkan yang akan berlaku jika senjata nuklear di seluruh dunia dilancarkan sekali gus, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Video animasi menyeramkan yang ditonton lebih 25 juta kali itu telah dimuat naik tiga tahun lalu. Ia cuba merungkai kesan peperangan nuklear yang mengejutkan.

Ia menjadi tular rentetan kenyataan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang memberi amaran akan akibat teruk jika mana-mana kerajaan mempertahankan Ukraine.

Berdasarkan 15,000 senjata nuklear dunia yang telah dibina menjelang Mac 2019, tiga daripadanya sudah cukup untuk memusnahkan  sebuah bandar raya.

Justeru, 13,500 senjata nuklear dianggarkan mampu memusnahkan kesemua 4,500 bandar di Bumi. 

Video berkenaan membandingkan kuasa 15,000 senjata nuklear dengan tiga billion tan TNT atau 15 kali lebih dahsyat daripada letusan gunung berapi terkuat di dunia iaitu Karakatau.

Jika semua senjata nuklear meledak di tempat yang sama, ia akan mencipta bebola api selebar 49.9 kilometer yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Gelombang letupan itu akan memusnahkan segala-galanya di laluannya sejauh 1,392.08 kilometer.

Di luar radius kemusnahan itu, gelombang tekanan akan dirasai di seluruh dunia selama berminggu-minggu selepas letupan yang begitu kuat sehingga ia juga didengari di seluruh dunia.

Awan berbentuk cendawan yang terhasil daripada letupan akan menjadi sangat tinggi sehingga mencapai pinggir atmosfera Bumi sehingga hampir menembusi angkasa lepas.

Jika Hutan Hujan Amazon dipilih atas sebab tertentu sebagai lokasi letupan, seluruh benua Amerika Selatan akan terbakar. Radiasi juga akan membunuh segala-galanya dalam radius letupan dan menyebabkan ratusan kilometer di sekelilingnya tidak dapat didiami.

Malangnya, itu bukanlah senario terburuk yang dicadangkan oleh video itu. Sekiranya manusia melombong setiap uranium di planet ini dan mencipta sebanyak mungkin bom, ia akan menjadi malapetaka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI