fbpx

Lebih ramai orang ingin tinggal di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ipoh menjadi lokasi pilihan untuk didiami apabila mencatatkan transaksi jualan rumah paling tinggi tahun lalu. - GAMBAR HIASAN

IPOH – Ipoh menjadi tempat pilihan untuk didiami mendahului empat lagi lokasi di Malaysia apabila merekodkan jumlah pembelian rumah tertinggi tahun lalu.

Data transaksi kediaman PropertyGuru DataSense menunjukkan sebanyak 527 transaksi dengan harga median RM296,00.

Empat lokasi lain ialah Klang sebanyak 485 transaksi, Puchong (445), Cheras (347) dan Kajang (340).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, bandaraya itu dianggap sebagai tumpuan kerana banyak kemudahan dan kawasan rekreasi.

Menurut beliau, Ipoh juga adalah antara kawasan paling membangun termasuklah cadangan pembangunan sistem transit aliran ringan (LRT) pada masa depan.

“Secara umumnya, kenaikan harga dalam pasaran hartanah boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk permintaan.

“Menurut konsep dalam pasaran ekonomi, apabila lebih ramai orang mula mencari dan membeli rumah di sesuatu kawasan, harga hartanah di situ akan mula naik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Februari di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh di sini.

Sebagai perbandingan, harga media kediaman di empat lokasi lain di Lembah Kelang itu antara RM296,000 hingga RM698,750.

Menurut Rumaizi, faktor lain yang menjadi pilihan pembeli ialah tempat yang strategik seperti kejiranan matang apabila dapat menyediakan pelbagai kemudahan sedia ada yang boleh menaikkan harga hartanah.

“Aksesibiliti mudah pula bermakna penduduk mempunyai akses ke lebuh raya utama yang akan memudahkan perjalanan mereka.

“Rumah yang berdekatan dengan bandar sering menjadi rebutan ramai kerana menyediakan segala kemudahan yang diperlukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI