fbpx

RM6 juta bantu usahawan terjejas akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni menyampaikan trofi kepada Kelab Terbaik Sahabat Usahawan AIM sempena Majlis Perasmian Bengkel Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan AIM Wilayah Johor di Jotel Impiana, Senai, Johor hari ini. - RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Kerajaan negeri memperuntukan sejumlah RM6 juta kepada Sahabat Usahawan, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di negeri ini bagi membantu usahawan-usahawan yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, inisiatif itu mengambil kira banyak perniagaan terpaksa ditutup dengan pelbagai sekatan yang dikenakan hingga menjejaskan pendapatan usahawan ketika pandemik melanda.

Katanya, selain itu, bantuan kewangan, kerajaan Negeri turut menyediakan program-program bimbingan latihan turut disediakan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

“Sebanyak RM22 juta diperuntukkan IRDA bagi membantu usahawan yang terkesan akibat pandemik dan hilang hilang mata pencarian.

“Peruntukan yang disalurkan menerusi IRDA ini memberi ruang kepada usahawan usahawan mikro di negeri ini untuk memperolehi kemahiran lain selain daripada memperkukuhkan kemahiran yang mereka ceburi,” katanya.

Beliau berkata demikian merasmikan Pelancaran Bengkel Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan AIM Wilayah Johor 2022 di Hotel Impiana, di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga bakal memperkasa usahawan di negeri ini dengan memperkukuhkan peranan menerusi Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB), Unit Strategik Modal Insan Johor dengan kerjasama agensi lain yang berkaitan.

“Semua agensi akan digerakkan untuk membantu usahawan-usahawan apabila ekonomi sudah mula pulih sebagai contoh pembukaan semula sempadan antara Johor dan Singapura.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga kini sedang menjalinkan bekerjasama bersama AIM akan terus meneroka dan menggalakkan bidang-bidang baharu untuk usahawan pendigitalan aktiviti ekonomi di peringkat masyarakat,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI