fbpx

Jangan keluar, lihat paras sungai ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kanan) menyampaikan sumbangan berupa bekalan makanan kepada mangsa banjir di PPS SMK Ayer Lanas,Jeli hari ini. - ROSALWANI CHE SOH

JELI – Orang ramai yang terjejas akibat banjir di beberapa daerah di negeri ini dinasihatkan agar tidak keluar bersendirian untuk melihat paras air sungai di kawasan mereka.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tindakan itu bukan sahaja mengundang bahaya malah boleh menyebabkan kemalangan jiwa.

Menurutnya, ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil turut dinasihatkan agar tidak alpa memandangkan bencana banjir boleh meragut nyawa.

“Saya berharap orang ramai tidak mudah leka atau suka-suka bermain air banjir yang boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini.

“Warga emas yang mempunyai penyakit juga diingatkan agar tidak keluar seorang diri ke kawasan sungai kerana ia boleh mengundang risiko sekali gus membahayakan diri sendiri sekiranya terjatuh ke dalam sungai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas di sini hari ini.

Mengulas mengenai kejadian lemas di Sungai Galas dekat Dabong, Muhamad Zaki berkata, anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa, Muhamad Ishak, 70.

Menurutnya, mangsa dikatakan keluar dari rumah meninjau keadaan dan mengalihkan botnya berhampiran kawasan sungai sebelum dikhuatiri lemas. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI