fbpx

56 kes Covid-19 kategori 3,4,5 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 30,644 kes Covid-19 semalam.

PUTRAJAYA – Sebanyak 156 kes atau 0.51 peratus daripada 30,644 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama sebanyak 30,488 kes pula atau 99.49 peratus daripada jangkitan harian semalam terdiri daripada kategori satu dan dua dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,367,871 kes.

Menurutnya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 9,557 kes (31.19 peratus), kategori dua sebanyak 20,931 kes (68.30 peratus), kategori tiga sebanyak 91 kes (0.30 peratus), kategori empat sebanyak 39 kes (0.13 peratus) dan kategori lima 26 kes (0.08 peratus).

“Daripada 194 kes kategori tiga, empat dan lima, 33 kes (21.15 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 77 kes (49.36 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster) serta 46 kes (29.49 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Seterusnya, 78 kes (50.00 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 89 kes (57.05 peratus) mempunyai komorbid dan dua kes (1.28 peratus) ibu mengandung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 22,678 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 3,040,850 kes serta 332 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala 196 kes memerlukan bantuan pernafasan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI