fbpx

Wanita maut cuba angkat barbel 180 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA cuba menahan barbel tersebut sebelum ia secara tiba-tiba jatuh dan mengenai lehernya, sekali gus membunuhnya serta-merta. – Newsflash

BANDAR MEXICO – Seorang wanita maut ketika cuba mengangkat peralatan senaman jenis barbel seberat 180 kilogram dalam insiden yang berlaku di sebuah gimnasium di Mexico, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dalam kejadian pada Isnin lepas, wanita tersebut dalam satu rakaman video,  dilihat cuba mengangkat peralatan senaman yang berat itu di gimnasium Gym Fitness Sport.

Seorang lelaki pada awalnya dirakam sedang melaraskan berat pada peralatan tersebut sebelum mangsa masuk ke bahagian bawah besi yang memegang barbel itu untuk mengangkatnya.

Ketika ia dilepaskan, mangsa cuba menahan barbel tersebut sebelum ia tiba-tiba jatuh dan mengenai lehernya lalu membunuhnya serta-merta.

Seorang lelaki dan wanita yang berada berdekatan dengannya bergegas untuk membantu mengangkat barbel tersebut, namun gagal melakukan demikian.

Mangsa yang tidak didedahkan namanya oleh media tempatan dikatakan berusia antara 35 dan 40 tahun.

Satu siasatan dijalankan oleh pejabat pendakwa raya negeri bagi menyiasat insiden tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI