fbpx

Bayi terkoyak wajah diserang lima anjing pitbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
J. J. Rodriguez kini berada dalam keadaan kritikal. – Mirror UK

SPENCER, OKLAHOMA – Seorang bayi berumur setahun di negeri Oklahoma, Amerika Syarikat sedang  bertarung dengan nyawa selepas diserang oleh lima ekor anjing jenis pitbul ketika dia bermain di sebuah taman, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Bayi yang hanya dikenali sebagai J. J. Rodriguez itu dilaporkan mengalami kecederaan teruk pada wajahnya sehingga terkoyak selain tengkoraknya turut dapat dilihat.

“Rahangnya terkoyak dan giginya juga tercabut,” kata bapa bayi itu.

Sementara itu, Pejabat Sherif Daerah Oklahoma dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut yang berlaku pada petang Ahad lalu.

“Pasukan polis menerima panggilan sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) dari sebuah rumah, dan sejurus anggota-anggota kami tiba, seorang bayi setahun dilihat mengalami beberapa kecederaan serius.

“Bayi berkenaan dibawa ke hospital dan seekor anjing terbabit telah ditangkap. Bayi itu tidak tinggal di rumah tersebut, sebaliknya  dia bersama jirannya,” kata kenyataan polis.

Tambah polis, pihaknya ada menerima beberapa aduan mengenai rumah tersebut termasuk  dakwaan yang menyatakan bahawa beberapa ekor anjing pitbul yang dipelihara oleh penghuninya  dilihat berkeliaran.

“Di Oklahoma, pemilik anjing perlu mengawal haiwan peliharaan mereka,” tambah polis.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada empat ekor anjing lain juga telah ditangkap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI