fbpx

Barca nekad benam Napoli di Naples

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA bakal turun dengan semangat yang jitu menentang Napoli selepas mereka berjaya merakam kemenangan 4-1 ke atas Valencia pada aksi lalu. – AFP

BARCELONA – Gergasi Sepanyol, Barcelona dilihat tetap mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Liga Europa menjelang aksi playoff kedua menentang Napoli di Stadium Diego Armando Maradona awal pagi esok.

Ketua Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez menuntut prestasi cemerlang daripada barisan pemainnya terutama bekas penyerang Arsenal, Pierre-Eme­rick Aubameyang yang meledak hatrik menewaskan Valencia 4-1 baru-baru ini.

Menurut Xavi, The Catalans mampu untuk melepasi halangan lawan dari Itali itu jika mengekalkan persembahan ketika seri 1-1 pada aksi pertama di Camp Nou minggu lalu.

“Satu gol tidak cukup berdasarkan corak permainan yang kami tampilkan minggu lalu. Kami hanya perlu menajamkan penyudah dan jika berlaku, kemenangan pastinya menjadi milik kami.

“Sekarang kami perlu pergi ke Napoli dengan wajib mencatat kemenangan. Saya percaya kami mampu melakukannya,” kata Xavi.

Nada sama turut disuarakan tonggak pertahanan berpengalaman Barcelona, Gerard Pique yang merasakan mereka sepatutnya mengharungi aksi timbal balik dengan peluang lebih selesa berbanding sekarang.

“Kami boleh menang 3-1, 4-1 ataupun 5-1 tetapi kami gagal menyudahkan setiap peluang yang ada ketika itu. Jika kami mahu menang Liga Europa, kami perlu buktikannya di Naples (Itali),” jelasnya.

Sebagai rekod, Napoli menjaringkan gol menerusi Piotr Zielinski sebelum Ferran Torres menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan buat Barcelona sewaktu aksi pertama minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI