fbpx

Liverpool gagal pertahan rekod kebal Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL terpaksa menanggung perit apabila perlu mencari empat gol ke atas Atalanta pada aksi timbal balik minggu depan. – AFP

LIVERPOOL – Hasrat besar Li­verpool untuk menjuarai Liga Europa kini semakin sukar selepas tunduk 0-3 kepada Atalanta pada aksi suku akhir pertama di Anfield awal pagi semalam.

Bekas bintang West Ham Uni­ted, Gianluca Scamacca menjadi duri dalam daging buat The Reds apabila meledak dua gol diikuti satu jaringan daripada Mario Pasalic sekali gus menghidupkan peluang buat Ata­lanta mencipta sejarah baharu.

Melihat kepada penguasaan yang dipamerkan anak-anak buahnya, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp masih menaruh keyakinan keputusan itu mampu diubah pada perhitungan kedua di ge­langgang lawan minggu depan.

“Saya akan menyaksikan semula perlawanan ini, tetapi saya tahu jika kami melakukan perkara dengan bagus, kami pasti akan tampil lebih baik. Kemungkinan untuk menang tetap ada.

“Tetapi bolehkah kami menang 3-0? Saya sendiri tidak tahu, namun pastinya kami begitu kecewa dengan keputusan kali ini. Kami masih ada peluang, tetapi ulangi persembahan seperti ini, sudah pasti tiada peluang.

Berdasarkan rekod lepas, The Reds pernah mencipta kemena­ngan besar di tempat lawan ketika aksi peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara pada November 2020.

Bagaimanapun, Klopp tidak menafikan kelemahan ketara pasukannya selepas gagal me­nyempurnakan peluang terbaik.

“Ia adalah perlawanan yang teruk dan Atalanta pula bermain baik. Mereka berhak untuk menang dengan tiga gol,” jelasnya.

Sementara itu, tonggak pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menegaskan keutamaan sekarang adalah mengekalkan keyakinan bagi mengubah keputusan.

“Jika kamu tidak memiliki keyakinan, tiada guna untuk mengharapkan kebangkitan. Kami meletakkan pasukan dalam situasi sukar kerana memerlukan empat gol pada perlawanan ke­dua nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI