fbpx

UFO berlegar-legar dua jam di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UFO tersebut dikatakan berbentuk segi tiga serta terdapat satu bonjolan jelas di bahagian atas menuju ke arah belakang. - Pen News/Arslan Warraich

ISLAMABAD  – Seorang lelaki di Pakistan merakam video  memaparkan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) sedang berlegar-legar di ruang udara bandar raya Islamabad sekitar  dua jam, lapor akhbar The Sun semalam.

Arslan Warraich, 33, menghabiskan masa dua jam memerhatikan UFO berbentuk segi tiga itu yang berlegar-legar di daerah DHA 1,  sambil merakam gambar dari pelbagai sudut yang jelas.

“Saya masih tidak tahu apakah objek tersebut. Saya membuat rakaman selama 12 minit, pada waktu berbeza dengan berpuluh-puluh gambar dirakam serta memantaunya selama dua jam.

“Pada pandangan mata kasar, ia kelihatan seperti seketul batu hitam berbentuk bulat. Namun, selepas menggunakan fungsi zoom, saya dapat melihat objek berbentuk tiga segi serta terdapat satu bonjolan jelas di bahagian atas UFO tersebut menuju ke arah belakang.

“Ia berwarna hitam dan tidak mempunyai bahagian tepi yang tajam. Ia juga tidak memantulkan terlalu banyak cahaya serta tiada cahaya yang terpancar daripadanya,” kata Arslan.

Lelaki itu kemudian  berkongsikan gambarnya di media sosial dengan ramai pengguna mengagumi video yang kelihatan jelas dan tulen itu.

“Adakah anda sedar bahawa dokumen seperti ini adalah sesuatu yang jarang dilihat?” kata seorang pengguna.

“Beginilah caranya untuk merakam gambar UFO,” komen seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI