fbpx

Komen jahat membahagiakan Lee Yoo-mi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE YOO-MI

KOMEN jahat dan kecaman adakalanya membuatkan seseorang selebriti berasa sedih atau hilang semangat.

Situasi yang kalau boleh mahu dielakkan itu bagaimanapun berlainan pula dengan pelakon yang mencipta populariti daripada dua siri fenomena, Squid Game dan All of Us Are Dead iaitu Lee Yoo-mi.

Ditanya tentang kecaman dan kebencian yang diterima gara-gara watak dalam siri zombi All of Us Are Dead, Yoo-mi memberi jawapan mengejutkan.

Dia tidak pernah berasa sedih apabila dihentam dengan komen jahat, sebaliknya sangat bahagia.

“Saya jenis yang akan membaca semua komen dalam meda sosial untuk mengetahui sesuatu keadaan.

“Tapi saya tak pernah rasa terluka dengan komen jahat. Sebaliknya, saya gembira apabila diberikan komen sebegitu. Itu maknanya saya sudah buat yang terbaik,” ujarnya.

Mungkin komen-komen itu agak kedengaran ‘kejam’, namun itulah hakikatnya, Yoo-mi mengakui beroleh ketenangan dengan cara sebegitu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI