fbpx

Tak sempat seludup minyak masak, gandum, gula ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP Kelantan dan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor memeriksa barangan subsidi yang dirampas di dalam sebuah kereta di Jalan Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat semalam. - Foto IHSAN KPDNHEP

TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mengagalkan cubaan untuk menyeludup minyak masak, gandum dan gula bersubsidi seberat 542 kilogram ke Thailand selepas menahan sebuah kereta di Jalan Kampung Bendang Pak Yong di sini semalam.

Kereta jenis Proton Iswara itu ditahan kira-kira pukul 3 petang itu semasa KPDNHEP Kelantan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor menjalankan operasi bersepadu di kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Afendi Juri berkata, bertindak atas maklumat, anggota bertugas telah mengesan sebuah kereta Proton Iswara dari arah Pengkalan Kubor menuju ke Kampung Bendang Pak Yong dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota KPDNHEP dan PPM telah berjaya menahan kereta itu di jalan Kampung Bendang Pak Yong untuk tujuan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, pemandu meninggalkan kereta itu dan melarikan diri ke dalam kawasan semak berhampiran lokasi serbuan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu telah menjumpai sebanyak 70 kilogram tepung gandum, 136 kilogram minyak masak dan 336 kilogram gula. Nilai rampasan barangan kawalan yang disita termasuk kereta tersebut dianggarkan berjumlah RM4,932,” katanya.

Azanizam memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI