fbpx

Askar Rusia diharamkan guna TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster memaparkan lukisan seorang askar berserta perkataan ‘Het’ yang bermaksud ‘Tidak’ ketika diberikan telefon pintar yang mempunyai logo TikTok. – Twitter

MOSCOW – Ketua keselamatan Rusia melancarkan satu kempen pengiklanan yang mendesak anggota tentera negara itu agar tidak menggunakan jaringan media sosial seperti TikTok, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Gesaan tersebut bertujuan bagi mengelakkan rahsia ketenteraan Rusia daripada bocor ke tangan musuh.

Menerusi kempen tersebut, tentera Rusia menerbitkan poster memaparkan lukisan seorang askar berserta perkataan ‘Het’ yang bermaksud ‘Tidak’ ketika diberikan telefon pintar yang mempunyai logo TikTok.

Ia dianggap sebagai kempen era moden yang menyerupai poster ketika Perang Dunia Kedua bertulis ‘Dinding Mempunyai Telinga’.

Poster tersebut memberi amaran kepada rakyat Britain agar mengelak daripada bercakap sesuatu yang membahayakan nyawa mereka.

Dalam pada itu, di Ukraine, satu lagi kempen ditaja oleh Britain sedang dilaksanakan bagi membanteras propaganda Rusia dan berita palsu di negara itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI