fbpx
Pegawai perubatan bersiap sedia untuk memindahkan askar Ukraine yang cedera di hospital lapangan berhampiran Popasna, Ukraine. – EPA

Tentera Russia bunuh 2,000 askar upahan asing di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Sehingga 300 tentera upahan asing yang bertempur untuk Kiev dibunuh di wilayah Nikolayev, selatan Ukraine, kata Kementerian Pertahanan Russia semalam seperti dilaporkan laman berita RT.

“Sehingga 300 tentera asing terkorban dalam serangan peluru berpandu ke atas titik penempatan sementara askar upahan asing di kawasan perkampungan Kalinovka dalam wilayah Nikolayev,” kata jurucakap kementerian, Leftenan Jeneral Igor Konashenkov, kelmarin.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Russia, Sergey Shoigu memaklumkan bahawa tentera Kremlin dan militia di wilayah Donbas telah membunuh lebih 2,000 askar upahan asing.

Setakat 21 September lalu, seramai 1,000 askar asing masih berada dalam barisan tentera Ukraine, semakin sedikit berbanding kira-kira 3,000 orang pada April lalu, kata Shoigu.

Dengan angka korban terbaharu semalam, dianggarkan hanya 700 tentera asing yang masih bertempur untuk Ukraine.

Selain itu, lebih 200 askar Ukraine turut terbunuh di wilayah Nikolayev, kata Konashenkov.  – Agensi

 

POPULAR