fbpx

Askar Rusia rogol bayi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bychkov turut berkongsikan beberapa video lain dengan rakan-rakan dan pasukannya yang memaparkan kejadian penderaan kanak-kanak. – The Sun

MOSCOW – Seorang askar Rusia dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa negara itu selepas sebuah klip video yang memaparkan tindakannya memperkosa seorang bayi tersebar di media sosial, lapor akhbar The Sun semalam.

Alexei Bychkov, 24, dikatakan merakam tindakan kejinya itu sebelum menghantar video tersebut kepada rakan-rakan sepasukannya.

Dia ditahan di Rusia Sabtu lalu selepas video tersebut tersebar di media sosial sepanjang hujung minggu lalu.

Dalam rakaman tersebut, Bychkov dilaporkan berkata bahawa dia sedang merakam sebuah ‘video ganas’ sebelum memperkosa bayi berkenaan. 

Lokasi dan masa rakaman itu dibuat bagaimanapun tidak diketahui.

Lelaki itu juga dikatakan berkongsikan beberapa video lain dengan rakan-rakan dan pasukannya yang memaparkan kejadian penderaan kanak-kanak. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI