fbpx

Askar wanita jelita ‘senjata rahsia’ Rusia serang Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kementerian Pertahanan Rusia menganjurkan pertandingan ratu cantik tahunan yang menilai dari segi penampilan serta kemahiran bertempur. – Kementerian Pertahanan Persekutuan Rusia

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin mendedahkan ‘senjata rahsia’ dalam pasukan tenteranya yang terdiri daripada barisan askar wanita jelita sebagai strategi untuk menyerang Ukraine, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut laporan, lebih sejuta anggota tentera Rusia turut terdiri daripada kira-kira 160,000 askar wanita yang digalakkan untuk menyertai pasukan pertahanan sebagai menunjukkan lambang kewanitaan mereka.

Kementerian Pertahanan Rusia bahkan turut menganjurkan pertandingan ratu cantik tahunan yang menilai askar-askar wanita dari segi penampilan serta kemahiran  bertempur.

Pada acara tahun lepas, para peserta mengecat wajah mereka menggunakan cat penyamaran berwarna-warni beserta lukisan seperti bintang dan bendera.

Selain itu, mereka turut mengambil bahagian dalam acara biathlon dengan menggunakan senjata api jenis AK-47 bagi disiplin menembak.

Meskipun Putin melarang askar wanita Rusia daripada bertempur di barisan hadapan medan perang, mereka boleh memainkan peranan utama dalam proses pencerobohan ke atas Ukraine. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI