fbpx

Jerman berisiko hadapi gelombang muflis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berjalan di hadapan sebuah cawangan Commerzbank di Frankfurt pada 4 Februari 2021. - AFP

FRANKFURT, JERMAN – Ketua Pegawai Eksekutif Commerzbank, Manfred Knof memberi amaran bahawa Jerman berisiko untuk berdepan dengan gelombang muflis akibat sekatan berkaitan peperangan Rusia-Ukraine yang dikenakan blok Eropah, lapor laman berita RT kelmarin.

“Bekalan tenaga di Jermain kini berdepan dengan risiko, rantaian bekalan sedang menghadapi masalah dan kita mengalami kadar inflasi yang tinggi,” kata ketua bank kedua terbesar di Jerman itu.

Menurut Knof, hampir satu pertiga daripada dagangan luar Jerman telah terjejas, sekali gus memaksa syarikat-syarikat untuk menyelesaikan isu-isu kompleks dengan pelanggan.

Ia termasuk peningkatan harga komoditi dan kesesakan yang dialami dalam rantaian bekalan.

“Kita tidak boleh terus menipu diri. Bilangan insolvensi dalam pasaran Jerman berkemungkinan akan meningkat beserta peruntukan risiko bank,” ujarnya.

Jumaat lalu, diplomat utama Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menyatakan bahawa menteri-menteri luar blok itu akan mengadakan pertemuan minggu ini sekiranya ahli-ahlinya gagal mencapai persetujuan untuk mengenakan sekatan ke atas minyak Rusia pada hujung minggu lalu.

Brussels juga telah mengumumkan pelan-pelan berkaitan sekatan ke atas minyak Rusia pada awal minggu lalu. Langkah itu dijangka berkuat kuasa dalam tempoh sembilan bulan, dengan jangka masa berbeza bagi produk-produk petroleum yang berlainan.

Beberapa negara EU bagaimanapun mahu mengekalkan status berkecuali dalam sekatan tersebut termasuk Hungary, Slovakia dan Republik Czech. – Agensi 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI