fbpx

Askar Rusia tinggalkan Chernobyl

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Askar Rusia dilaporkan meninggalkan Chernobyl dan bergerak menuju ke Belarus. - The Sun

KIEV – Tentera Rusia dilaporkan meninggalkan loji nuklear Chernobyl dan bergerak menuju ke arah Belarus dalam apa yang disifatkan sebagai pengunduran secara besar-besaran, lapor akhbar The Sun semalam.

Bekas tapak tragedi nuklear pada tahun 1986 itu ditawan tentera Kremlin ketika permulaan perang Ukraine, manakala pertempuran sengit di kawasan itu mencetuskan kebimbangan mengenai bencana kebocoran radioaktif.

Bagaimanapun, sumber Pentagon mendakwa bahawa askar Rusia kini bergerak menjauhi fasiliti tersebut dan menuju ke utara, memasuki negara sekutu kuatnya, Belarus.

“Chernobyl merupakan kawasan di mana askar Rusia mula menempatkan semula anggota tenteranya.

“Mereka meninggalkan loji itu, bergerak menjauhi Chernobyl dan memasuki Belarus. Kami berasakan bahawa mereka telah meninggalkan kawasan itu,” kata sumber tersebut.

Semalam, Setiausaha Akhbar Pentagon, John Kirby berkata bahawa Amerika Syarikat (AS) mendapati tentera Rusia yang berada di sekitar Kiev telah bergerak ke arah utara menuju ke Belarus.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa AS tidak mengganggap tindakan itu sebagai berundur daripada peperangan, sebaliknya ia merupakan cubaan Moscow untuk menambah bekalan  dan menempatkan semula anggota tenteranya.

“Kami tidak tahu lokasi sebenar ke mana askar-askar Rusia itu akan pergi,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI