fbpx

Separuh rekrut baharu MI5 adalah wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi Lashana Lynch dalam filem terbaharu James Bond, No Time To Die. – PA

LONDON – Ketua Pengarah MI5, Ken McCallum, mendedahkan separuh daripada rekrut baharu agensi risikan Britain itu terdiri daripada ejen wanita, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Menurutnya, situasi itu menunjukkan bahawa khidmat keselamatan rahsia tersebut kini sedang mengalami perubahan, di mana lebih ramai wanita mengambil alih tugas yang kebiasaannya didominasi oleh lelaki.

Tambahnya, perubahan keseimbangan jantina dalam agensi itu menjadikan identiti ‘Bond’ baharu lebih menarik.

“Dalam dunia realiti, setiap pekerjaan boleh mempunyai bilangan kakitangan lelaki dan wanita yang sama rata. 

“Ini dibuktikan dengan 47 peratus daripada kakitangan kami adalah wanita yang turut merangkumi  lebih 50 peratus daripada rekrut baharu tahun ini,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI