fbpx

PM Thai gesa semua wilayah bendung penularan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja lapangan terbang memeriksa maklumat seorang penumpang di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, 1 Februari lepas. – AFP

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-Cha menggesa kesemua 77 kerajaan wilayah di negara itu untuk melakukan segala termampu bagi mengurangkan penularan virus Covid-19 yang meningkat buat masa ini, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam tempoh dua hari, Thailand mencatatkan lebih 18,000 kes jangkitan baharu dengan 18,953 kes rasmi dilaporkan untuk semalam sahaja.

Selain itu, sebanyak 30 kematian berkaitan Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, semalam.

Prayut berkata, gabenor-gabenor wilayah perlu meningkatkan kempen-kempen mencegah penularan Covid-19 dengan melibatkan semua sektor.

Beliau turut menyeru semua rakyat Thailand untuk terus mematuhi sekatan-sekatan Covid-19 di negara itu dan memantau rapat sebarang penularan.

Dengan angka jangkitan baharu semakin meningkat yang kebanyakannya disebabkan oleh varian Omicron, usaha pihak kerajaan dilihat menjadi semakin sukar.

Ia disebabkan oleh komitmen kerajaan yang ingin mencipta imej Thailand sebagai lokasi selamat untuk pelancongan, dan dalam masa sama cuba mengurangkan kenaikan kes serta kadar kemasukan ke hospital.

Kerajaan juga perlu berdepan dengan permintaan meningkat daripada sektor pelancongan dan hospitaliti untuk mengurangkan sekatan serta menyediakan kertas kerja berkaitan pelancong secepat mungkin.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn pada Jumaat lalu berkata, ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) kedua yang diperlukan dalam skim Test & Go akan dihapuskan pada Mac ini.

Dalam masa sama, Pihak Berkuasa Pelancongan di Thailand turut mencadangkan agar kerajaan melonggarkan syarat kemasukan ke negara itu dengan menggantikan prosedur ujian PCR kedua pada hari kelima dengan ujian antigen pantas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI