fbpx

Mahkamah setuju dengar petisyen pecat PM Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Srettha diberi masa 15 hari bagi menjawab tuduhan tersebut. – AFP

BANGKOK – Mahkamah tertinggi Thailand hari ini bersetuju mendengar kes  dalam percubaan untuk  menggulingkan Perdana Menteri Srettha Thavisin kerana melantik calon yang mempunyai rekod  jenayah sebagai menteri Kabinet.

Mahkamah Perlembagaan menerima sebuah petisyen untuk memecat Srettha daripada jawatannya. Petisyen itu dikemukakan oleh 40 senator di bawah peraturan tatalaku dan etika.

Mahkamah sama bagaimanapun menolak  permohonan untuk menggantung Srettha daripada tugasnya sebagai Perdana Menteri sementara mahkamah membuat keputusan dalam  perkara tersebut.

Panel hakim mengundi 6-3 untuk menerima petisyen itu. Mereka memberi masa 15 hari untuk Stretha menjawab tuduhan  tersebut.

Kes itu tertumpu kepada Pichit Chuenban  yang dilantik sebagai menteri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

Pichit pernah menjalani hukuman penjara enam bulan kerana didapati bersalah menghina mahkamah pada 2008. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI