fbpx

Bekas PM Thailand, Thaksin akan dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thaksin melambai ke arah penyokongnya sejurus mendarat di Lapangan Terbang Don Mueang selepas kembali dari buangan pada 22 Ogos 2023. – AFP

BANGKOK – Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra akan dibebaskan seawal hujung minggu ini, enam bulan selepas pulang daripada hidup dalam buangan selama 15 tahun.

Bilionair kontroversi itu diundi sebagai perdana menteri sebanyak dua kali sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006.

Dia dipenjarakan selama lapan tahun atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa pada Ogos lalu, namun dalam beberapa hari, hukumannya dikurangkan kepada setahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn.

Menteri Kehakiman, Tawee Sodsong berkata, bekas pemilik kelab bola sepak Manchester City berusia 74 tahun itu akan menjadi antara 930 banduan yang diberikan pembebasan awal.

“Thaksin berada dalam kumpulan mereka yang mengalami keadaan kritikal atau berusia lebih 70 tahun. Dia akan dibebaskan selepas enam bulan secara automatik,” kata Tawee kepada pemberita.

Thaksin dipenjarakan pada 22 Ogos tahun lalu, manakala media Thailand melaporkan bahawa pembebasannya boleh berlaku pada bila-bila masa bermula Sabtu depan.

Butiran sebenar pembebasannya tidak dijelaskan tetapi dia mungkin tertakluk kepada pemantauan dan sekatan ke atas haknya untuk melakukan perjalanan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI