fbpx

PM Thai ikrar perangi dadah habis-habisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SRETTHA bercakap kepada pemberita di luar Rumah Kerajaan di Bangkok semalam. – AFP

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berikrar akan membanteras penjualan dadah dan menegaskan bahawa pemilikan ‘walaupun sebiji pil’ perlu dihukum.

Beliau  turut mengarahkan pihak berkuasa supaya meneruskan usaha pengharaman semula ganja.

Bangkok mengumumkan pelan mengharamkan semula ganja pada Februari lalu selepas membenarkan penggunaan narkotik itu pada 2022.

Selain ganja, Thailand juga menjadi negara transit utama untuk candu dan methamphetamine dengan kebanyakannya dihasilkan di Myanmar.

“Masalah dadah menjadi agenda negara bahawa semua agensi pihak berkuasa perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini,” kata  Srettha di platform X semalam sambil menambah, beliau mahu melihat kemajuan perang menentang dadah dalam masa 90 hari.

“Sesiapa sahaja yang terlibat dengan dadah perlu tahu bahawa  anda akan didakwa walaupun memiliki cuma sebiji pil (dadah),” tegasnya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI