fbpx

Palsukan kehamilan kerana mahu cuti bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakan sekerja Folsom percaya bahawa dia memakai perut hamil palsu. – Getty

ATLANTA, GEORGIA – Seorang wanita dari Georgia, Amerika Syarikat didakwa atas kesalahan memalsukan kehamilan bagi mendapatkan cuti bersalin, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Robin Folsom, 43, memberitahu ketua di organisasi dia bekerja, Agensi Pemulihan Vokasional Georgia bahawa dia sedang hamil. Dia juga telah memohon kebenaran untuk cuti bersalin.

Bagaimanapun, muslihat Folsom terbongkar apabila beberapa rakan sekerjanya menyedari bahawa kandungan wanita itu kelihatan seperti terpisah daripada perutnya.

Menurut kenyataan dikeluarkan pejabat Ketua Inspektor Negeri Georgia, Scott McAfee, siasatan mendapati bahawa pada Mac 2021, seorang rakan sekerja yang memerhatikan perut Folsom menyedari kandungan wanita itu mencurigakan.

Ia membuatkan individu tersebut percaya bahawa Folsom memakai perut hamil palsu.

Wanita itu juga dikatakan mereka cerita bahawa bapa kepada bayi yang dikandungnya bernama Bran Otmembebwe.

“Kami tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan lelaki itu wujud,” kata McAffee.

Tambah beberapa rakan sekerja Folsom, selepas mengaku telah melahirkan anak, wanita itu ada menghantar gambar-gambar ‘bayinya’ kepada mereka dengan menggunakan wajah bayi yang berbeza.

Folsom didakwa dengan tiga kesalahan membuat kenyataan palsu dan satu kesalahan penipuan identiti selepas menerima pendakwaan juri. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI