fbpx
KEWUjUdAN rumah mampu milik dapat memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri. – GAMBAR HIASAN

Keluarga B40 mungkin terpaksa menyewa sampai tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rata-rata golongan B40 yang bekerja di bandar besar dilihat terpaksa hidup sebagai ‘penyewa’ sehingga­ usia tua berikutan tidak mampu membeli kediaman ekoran harga yang ditawarkan pihak pemaju cukup mahal.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan penawaran harga rumah ka­tegori mampu milik di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang yang ditawarkan bermula harga RM200,000 hingga RM300,000 seunit.

Penganalisis Ekonomi di Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, meskipun dikategorikan sebagai rumah mampu milik, namun harga ditawarkan masih tidak masuk akal serta membebankan pengguna.

“Formula asas membeli sebuah rumah ialah perlu menggunakan kaedah gandaan gaji sebanyak 30 kali. Jika seseorang itu bergaji RM2,000, nilai rumah yang mampu dibelinya hanya sekitar RM60,000 sahaja.

“Bagaimanapun, rumah mampu milik yang ditawarkan ketika ini jauh lebih mahal daripada kemampuan dan keadaan itu menyebabkan mereka mungkin gagal memiliki aset,” katanya.

Berdasarkan pengiraan, seorang individu perlu mempunyai pendapatan sekitar RM10,000 bagi membolehkannya memiliki sebuah kediaman mampu milik bernilai RM300,000 seperti ditawarkan pemaju.

Jabatan Perangkaan Malaysia pula mentakrifkan golongan B40 sebagai kumpulan isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah RM4,850.

Susulan itu, antara harga rumah maksimum mampu dimiliki golongan B40 ialah berharga sekitar RM145,500 sahaja.

Bagaimanapun, katanya, golongan B40 masih mempu­nyai pilihan memiliki rumah pada harga berpatutan, namun lokasi ditawarkan mungkin lebih jauh berbanding tempat bekerja.

“Jika seseorang itu bekerja di Kuala Lumpur, antara lokasi membeli rumah yang boleh dipertimbangkan ialah sekitar Semenyih, Kajang dan Teluk ­Panglima Garang memandangankan harganya lebih murah berbanding di pusat bandar.

“Namun, mereka perlu membayar kos lebih termasuk pe­ngangkutan ,” katanya.

Bercakap mengenai bayaran sewa bulanan yang tinggi, Baharom menyifatkan keadaan itu menyebabkan ramai B40 selesa untuk hidup menyewa.

“Setiap individu mempunyai hasrat untuk membeli rumah, namun apabila harga terlalu mahal, menyewa merupakan antara jalan terbaik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN