fbpx

Buat laporan jika majikan tidak beri pelepasan bawa anak vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi Ghazali membuat lawatan kerja di Program PICKids di Dewan Selinsing Gunung Semanggol hari ini. - FOTO: WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Mana-mana pekerja yang dilarang majikan untuk membawa anak mendapatkan suntikan vaksin boleh membuat laporan terus kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, biarpun belum ada laporan diterima, namun pihaknya tetap memantau perkara ini.

“Semenjak kita buat Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) lalu tidak ada laporan mengenai majikan enggan memberi perlepasan atau melarang pekerja untuk membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan vaksin.

“Kita telah meminta semua majikan membantu dengan memberi kelonggaran kepada pekerja seperti kerja separuh hari atau cuti bagi membolehkan mereka membawa anak-anak mengikuti program vaksinasi.

“Difahamkan setakat ini sudah ramai ibu bapa mengatur untuk membawa anak mereka mendapatkan vaksin dan saya yakin semua majikan dapat memberi kerjasama baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas lawatan kerja di Pusat Pemberian Vaksin Kanak-kanak (PICKids) di Dewan Seri Selinsing, Gunung Semanggol dekat sini hari ini.

Menurutnya lagi, ibu bapa juga disaran mendapatkan imunisasi Covid-19 untuk anak masing-masing ekoran kebimbangan peningkatan Sindrom Keradangan Pelbagai Sistem Dalam Kanak-kanak (MISC) yang semakin meningkat.

“Berdasarkan kajian 14 hospital seramai 174 orang didapati ada MISC dan daripada itu 50.1 peratus (jika tak silap saya) adalah kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun manakala empat peratus merekodkan kematian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI