fbpx

Beijing bakal miliki Legoland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah taman tema Legoland akan dibina di bandar Changyang dalam daerah Fangshan. – China Daily

BEIJING – Sebuah taman tema Legoland bakal dibuka di Beijing yang akan menjadi sebahagian daripada pelan bandar ibu negara China itu bagi menaik taraf susun atur pinggir bandarnya, lapor akhbar China Daily kelmarin.

Pembangunan taman tema itu dijangka menjadi antara sembilan projek utama bagi kebudayaan dan pelancongan China tahun ini.

Projek usaha sama antara Orient Group dan syarikat berpangkalan di Britain, Merlin Entertainments itu terletak di bandar Changyang dalam daerah Fangshan.

Dibangunkan dalam kawasan seluas 304,000 meter persegi, Beijing Legoland akan terdiri daripada resort Legoland, sebuah hotel, pusat perniagaan, lot parkir dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Operasi Legoland Resorts Group, Merlin Entertainments, John Jakobsen berkata, buat masa ini, terdapat tiga resort Legoland sedang dibina di China.

“Merlin Entertainments sedang meneroka lebih banyak peluang untuk projek-projek Legoland di negara ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Merlin Entertainments, Nick Varney dalam satu temubual pada 2018 pula berkata, kumpulan itu merancang untuk membina 20 resort Legoland di seluruh dunia pada masa akan datang termasuk lima di China. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI