fbpx

25,663 kanak-kanak Pulau Pinang sudah terima vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PICKids di Pulau Pinang bermula 7 Februari lalu. Gambar Hiasan

GEORGE TOWN – Seramai 25,663 kanak-kanak telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) sehingga semalam berbanding hanya 530 orang pada 11 Februari lalu.

Pengerusi Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan, Dr Norlela Ariffin berkata, Pulau Pinang juga menerima pendaftaran PICKids melebihi 64,300 setakat Jumaat lalu.

“Seramai 25,663 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Pulau Pinang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi PICKids sehingga semalam.

“Sebelum ini hanya 530 kanak-kanak menerimanya pada 11 Februari lalu, dan pendaftaran PICKids turut melebihi 64,300,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Norlela berkata, sebanyak 66.2 peratus populasi dewasa di Pulau Pinang telah menerima dos penggalak setakat Jumaat lalu.

“Liputan dos penggalak bagi kaum Cina adalah 85.6 peratus, Bumiputera (81.2 peratus), India (56.3 peratus), Melayu (47.1 peratus),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI