fbpx

Peruntukan RM300 juta sambung projek Lebuh Raya Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (tengah) ketika mendengar taklimat semasa melawat tapak projek Lebuh Raya KB-KK di Kok Lanas, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk projek penyambungan pembinaan Lebuh Raya Rakyat membabitkan jajaran 10 kilometer di Machang iaitu dari Bukit Tiu, Machang ke Kampung Berangan Mek Nab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan pakej itu telah diluluskan di bawah projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang bermula pada April depan dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan iaitu pada April 2025.

Menurutnya, kerajaan bersetuju untuk menyiapkan jalan sepanjang 10 kilometer selepas perjumpaan dilakukan dengan pihak kerajaan negeri baru-baru ini.

“Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan telah menyiapkan sebanyak 35 peratus lebuh raya ini yang dipanggil Lebuh Raya Rakyat.

“Jadi, kerajaan akan mengambil alih termasuk tender dan akan memulakan projek berkenaan dengan kos yang ditetapkan dalam masa dua bulan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di tapak projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) di Kok Lanas di sini hari ini.

Projek Lebuh Raya KB-KK di Kok Lanas yang bersambung dengan projek Central Spine Road yang bermula di Kuala Krai itu, meliputi tujuh pakej dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM2.7 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI