fbpx

Masalah organ punca OKT mati di Hospital Kota Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Kota Tinggi, Johor. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mengesahkan punca kematian mengejut orang kena tahan (OKT) dalam tahanan pada 18 Februari lalu di Kota Tinggi, Johor ekoran penurunan fungsi pada organ utamanya.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, punca kematian adalah disebabkan oleh OKT dijangkiti Covid-19.

“Jangkitan telah menyebabkan penurunan fungsi organ buah pinggang dan paru-paru OKT berkenaan.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS, Bukit Aman akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang OKT disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi, Johor, pada Rabu lalu selepas demam dan muntah.

OKT berusia 43 tahun itu turut disahkan positif Covid-19 sebelum ditahan untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 4.15 pagi.

Difahamkan, lelaki tersebut direman empat hari dan didakwa di mahkamah pada 25 Januari lalu, namun OKT gagal menyediakan penjamin menyebabkan dia ditahan reman di penjara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI