fbpx

Lucu pula tengok aksi Hindustan Zara, Ben Amir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT lucu Ben dan Zara yang menari lagu Hindustan mencuit hati ramai.

ZARA Zya sekali lagi mengundang tawa ramai selepas muncul dalam sebuah video dengan menyanyi lagu Hindustan, Jaane Jigar Jaaneman bersama Ben Amir.

Video yang telah ditonton sebanyak 440,000 kali itu mendapat pelbagai reaksi lucu daripada pengguna TikTok.

Ada juga netizen yang menggelar Zara sebagai Ratu TikTok kerana sering muncul dengan video lucu dan menghiburkan.

Selain itu, terdapat netizen yang melabel Ben kelihatan seperti aktor veteran popular, Amitabh Bachan pada zaman muda.

“Dari tepi, Ben seperti Amitabh semasa muda,” komen netizen.

“Zara tidak pernah menghampakan. Sentiasa lucu,” kata seorang pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI