fbpx

13.2 tan produk sitaan Maqis jadi makanan haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (dua dari kiri) menyampaikan makanan sejuk beku kepada wakil penjara di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Sebanyak 13.2 tan produk bernilai RM134,000 yang telah disita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah diagihkan kepada Jabatan Penjara dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sepanjang dua bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, produk itu hasil sitaan pengimportan keluaran pertanian yang sudah melalui proses undang-undang sebelum dilucuthakkan.

“Serahan bekalan makanan haiwan di bawah program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin ini melibatkan ayam dan daging sejuk beku yang disita mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Ia diagihkan kepada penjara yang menjalankan projek di bawah Program Rehabilitasi Banduan selain diserahkan kepada beberapa zoo dan taman rekreasi,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan bekalan itu kepada Jabatan Penjara di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Maqis, Dr. Azhari Sharidan Abu Bakar dan Pengarah Maqis Kelantan, Muhammad Nazrul Hizam Ab Manaf.

Dalam majlis itu, Nik Muhammad Zawawi menyerahkan sebanyak enam tan bekalan makanan haiwan dianggarkan bernilai RM60,000 kepada empat penjara dan satu pusat pemulihan akhlak (PPA) di bawah Jabatan Penjara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI