fbpx

Sibuk, terlupa alasan gagal perbaharui lesen memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusoff (kanan) melakukan pemeriksaan pada sebuah kenderaan berat ketika Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Ipoh Utara arah selatan, malam tadi. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Kesibukan kerja dan terlupa antara alasan pemandu kenderaan perdagangan selepas didapati gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM).

Alasan itu diberikan ketika pemeriksaan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Ipoh Utara arah selatan di sini malam tadi.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, rata-rata pemandu memberi alasan terlupa tempoh moratorium bagi pelanjutan pembaharuan LKM dan LMM yang telah tamat pada Disember lalu.

“Sebelum ini, kita ada moratarium hingga hujung tahun tetapi disebabkan sibuk dan leka, mereka terlupa yang tempoh moratorium untuk perbaharui lesen itu telah tamat.

“Kalau ikutkan, lesen memandu tamat tempoh sama dengan tarikh lahir, jadi setiap kali ulang tahun kelahiran, mereka kena tengok lesen. Jika sudah tamat tempoh, lekas-lekas perbaharui lesen,” katanya pada sidang akhbar di lokasi.

Menurut beliau, dalam operasi bermula pukul 8 malam itu, 380 buah kenderaan diperiksa dengan 159 notis dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

Katanya, seramai tiga individu didapati positif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Selain itu, polis turut mengeluarkan 101 saman manakala lima individu ditangkap oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas kesalahan imigresen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI