fbpx

Saya rindu 2NE1 yang pernah popular, disebut-sebut – CL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CL

SELEPAS mengambil keputusan keluar agensi YG Entertainment rentetan pembubaran kumpulan 2NE1, penyanyi CL terus cemerlang mencipta nama sebagai penyanyi solo.

Tidak dinafikan, sebelum itu ramai yang mengenali CL menerusi lagu hit kumpulannya sekitar sedekad lalu antaranya I Am The Best dan Fire.

Terbaharu, dalam temu bual bersama stesen radio KIIS FM, CL mendedahkan perbezaan paling ketara bergelar artis solo dan menjadi sebahagian daripada anggota kumpulan 2NE1 sebelum ini.

“Perbezaan paling ketara adalah dari segi semangat kesemua ahli kumpulan sebelum kami melangkah naik ke atas pentas membuat persembahan.

“Saya betul-betul merindui setiap inci momen tersebut. Saya rindu 2NE1 yang pernah popular dan disebut-sebut satu ketika dahulu,” luahnya.

Sekadar info, CL yang juga merupakan penyanyi rap memulakan debut bersama tiga lagi rakannya dalam kumpulan 2NE1 pada 2009 sebelum dibubarkan lima tahun lalu.

CL kemudiannya meninggalkan YG Entertainment dan memberi tumpuan untuk karier solonya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.