fbpx

Rusia didakwa dalang majoriti serangan siber 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hampir 74 peratus hasil serangan siber tahun lalu didakwa berkait rapat dengan penggodam berpangkalan di Rusia. - Google

MOSCOW -Satu laporan baharu mendakwa bahawa Rusia bertanggungjawab dalam sebahagian besar  serangan siber bagi menuntut wang tebusan (ransomware)  di seluruh dunia, lapor laman berita Wions News  kelmarin.

Laporan sama turut menyatakan,  sejumlah 74 peratus wang tebusan yang dibayar susulan serangan sedemikian pada tahun lepas memiliki kaitan dengan penggodam berpangkalan di Rusia.

Menurut laporan baharu itu oleh firma penjejakan dan analisis mata wang kripto, Chainalysis, wang tebusan lebih AS$400 juta (RM1.672 bilion) telah dibayar menerusi mata wang kripto kepada kumpulan-kumpulan penggodam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Moscow.

Penganalisis-penganalisis  juga mendakwa bahawa sejumlah besar pengubahan wang haram berasaskan mata wang kripto adalah melalui syarikat kripto Rusia.

Kajian itu merupakan sebahagian daripada Laporan Jenayah Kripto 2022 Chainalysis yang memfokuskan kepada kehadiran berpuluh-puluh syarikat mata wang kripto di bandar raya Moscow.

Menurutnya, terdapat tiga ciri utama yang mendedahkan tangan Rusia bertanggungjawab di sebalik serangan siber tersebut.

Pertama, kod perisian tebusan mereka ditulis untuk menghalangnya daripada merosakkan fail jika ia mengesan komputer mangsa berada di Rusia atau negara Komanwel Negara Merdeka (CIS) iaitu sebuah organisasi antara kerajaan-kerajaan negara bekas Soviet yang berbahasa Rusia.

Kedua, kumpulan itu berkomunikasi dalam bahasa Rusia dan ketiga, kumpulan itu dikaitkan dengan Evil Corp, sebuah kumpulan jenayah siber yang didakwa dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS).

“Sejumlah besar pegubahan wang haram berasaskan mata wang kripto dan bukan hanya wang ramsonware tetapi juga dana jenayah siber lain, diproses dalam operasi  di Rusia,” kata Chainalysis dalam catatan blognya.

Menurut laporan Bloomberg, Menara Persekutuan yang terletak di pusat bandar Bandar Moscow dan menempatkan beberapa ibu pejabat perniagaan terkemuka, merupakan pusat  jenayah siber yang berkembang pesat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI