JAKARTA – Seorang kanak-kanak di kota Malang, Jawa Timur, berdepan dengan detik-detik cemas apabila kepalanya tersepit pada dua batang tiang di sebuah rumah, lapor laman berita Suara.com.
Berdasarkan video yang dikongsikan di Instagram, kanak-kanak lelaki itu dilihat menangis kesakitan kerana kepalanya tersepit di antara dua batang tiang di teres sebuah rumah.
Beberapa orang lelaki dewasa dilihat berusaha membantu kanak-kanak berkenaan dengan menarik kuat kepalanya sebelum ia akhirnya berjaya ditarik keluar.
Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.
“Dilahirkan dua kali,” kata seorang netizen.
“Saya juga pernah alami kejadian ini,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI














