fbpx

MDA panggil semula pembekal kit ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) diarahkan untuk memanggil semula semua pembekal kit ujian kendiri Covid-19 bagi meneliti isu berkaitan kualiti dan ketepatan alat ujian itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya sudah mengarahkan supaya MDA memanggil semula pembekal alat ujian itu.

Menurutnya, beliau mengakui menerima pelbagai rungutan dan aduan orang ramai terhadap ralat keputusan apabila membuat saringan menggunakan kit saringan kendiri yang dijual di pasaran.

“Kita ambil maklum mengenai keraguan terhadap kit saringan kendiri menggunakan sampel air liur yang dijual di pasaran kerana dikatakan memberi keputusan negatif palsu.

“Justeru, saya arahkan MDA supaya menyampaikan saranan kepada pembekal untuk meminta maklumat jaminan kualiti daripada pengilang atau pengeluar kit saringan.

“Mereka juga harus semak sama ada proses jaminan kualiti bagi setiap produk kit saringan kendiri itu dibuat dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Katanya, ketika kit ujian itu diluluskan MDA sebelum ini, ketepatan alat ujian itu mungkin 99 peratus tetapi kadar itu mungkin merosot dalam tempoh tertentu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI