fbpx

‘King’ masuk kawasan tanah perkuburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis Perodua Myvi berada di dalam kawasan tanah perkuburan Islam.

PETALING JAYA – Tular beberapa gambar di media sosial hari ini memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berada di dalam kawasan tanah perkuburan Islam.

Menerusi perkongsian Negeri Sembilan Update, kelihatan kenderaan tersebut telah menceroboh dan memandu di atas kubur-kubur yang terdapat di situ.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di tanah perkuburan Islam di Senawang, Negeri sembilan, namun, punca kejadian masih belum dikenal pasti .

Susulan daripada kejadian itu, rata-rata orang ramai terkejut malah mula tertanya-tanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

“Ni mesti salah sekolah memandu takpun salah cikgunya,” Kata Roziah.

“Kalau di Melaka baru ini tular juga, kereta jenis Myvi langgar gerai nasi lemak. Sebiji lah sama,” ujar Mohamad Alfendi.

“Beli kereta bukan boleh bawa masuk kubur, tertekan pedal minyak ke?” soal Ash Abdullah. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI