fbpx

Ikan buatan guna sel jantung manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan buatan dihasilkan menggunakan plastik, kertas, gelatin dan dua jalur sel-sel otot jantung. - Michael Rosnach, Keel Yong Lee, Sung-Jin Park, Kevin Kit Parker/Gizmo

CAMBRIDGE, MASSACHUSETTS – Sekumpulan saintis dari Universiti Harvard mencipta seekor ikan buatan yang boleh menggerakkan ekor menggunakan tenaga yang dihasilkan daripada sel-sel jantung manusia, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ikan tersebut dihasilkan menggunakan plastik, kertas, gelatin dan dua jalur sel-sel otot jantung. 

Menurut penyelidik, ciptaan tersebut diharapkan dapat memberi pemahaman lanjut mengenai penambahbaikan dalam penciptaan perentak jantung manusia.

“Manfaat daripada projek ini adalah kami masih cuba menguasai teknik menggunakan sel-sel hidup sebagai bahan kejuruteraan,” kata salah seorang penulis utama kajian tersebut, Profesor Kit Parker.

Namun begitu, penyelidikan ini belum mencapai tahap untuk membina jantung buatan bagi menggantikan perentak jantung sepenuhnya.

Ini kerana jantung manusia adalah organ yang kompleks dan komponen sedia ada masih belum mencukupi untuk meniru anatomi tersebut.

“Kita perlu mencipta semula biofizik pada tahap hampir sempurna dalam meniru tingkah laku jantung manusia sebenar bagi menghasilkan jantung buatan untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan kecacatan organ itu,” jelasnya.

Parker dan pasukannya berharap agar sel-sel dan tisu jantung ikan tersebut dapat hidup melebihi empat bulan setengah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI