fbpx

Thailand buka sempadan dengan Malaysia Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Perlis. - Flickr/Marufish

BANGKOK – Kerajaan Thailand mengumumkan akan membuka pintu sempadan dengan Malaysia bermula bulan depan, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Keputusan itu diambil bagi merangsang semula sektor ekonomi dan pelancongan terutama bagi wilayah-wilayah yang terletak di selatan Thailand.

Jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek berkata, Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan Persatuan Perkhidmatan Pensterilan Thailand (CSSA) untuk bekerjasama dengan pusat operasi pelancongan dan sukan untuk membincangkan isu  mitigasi.

Menurut laporan itu, kerajaan merancang untuk membuka semula pusat pemeriksaan sempadan di wilayah Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun.

Thailand merancang untuk melaksanakan pengaturan gelembung perjalanan dengan Malaysia, di mana pelancong yang sudah mendapat vaksinasi boleh tiba di bawah skim kemasukan Test & Go tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.

Bagaimanapun, Rachada berkata, mereka masih perlu mengambil dua ujian tindak balas berantai polimerase (PCR) Covid-19 sebaik tiba di Thailand.

Beliau berkata,  kerajaan yakin Thailand akan tetap menjadi destinasi percutian pilihan walaupun dalam situasi pandemik yang berterusan.

“Perdana Menteri yakin Thailand akan kekal sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dunia meskipun dalam suasana pandemik seperti sekarang.

“Kerajaan akan menyokong usaha untuk menggiatkan semula pelancongan dengan penekanan kepada kesihatan dan keselamatan awam,” jelas Rachada.

Menurut Dr. Suthep Phetmak dari Kementerian Kesihatan Awam pula, situasi Covid-19 di Thailand dan Malaysia berada pada tahap yang sama.

Memandangkan persamaan dalam bilangan, pegawai-pegawai  kesihatan tidak menganggap pembukaan semula sempadan menimbulkan risiko yang ketara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI