fbpx

Pendaftaran PICKids terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Jumlah pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) dilaporkan terus meningkat ketika ini selepas ramai ibu bapa bersetuju untuk memberikan perlindungan maksimum kepada anak-anak mereka.

Setakat semalam, sebanyak 917,941 kanak-kanak didaftarkan bagi menerima vaksin Covid-19 di mana angkanya meningkat sebanyak 24,967 berbanding 892,974 sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jumlah kanak-kanak mendapatkan suntikan dos pertama juga dilaporkan sebanyak 246,869.

“Liputan dan pendaftaran PICKids semakin meningkat. Alhamdulillah, ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak.

“Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin. Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka,” katanya menerusi ciapan di Twitter tadi.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan membuka slot temu janji untuk ibu bapa atau penjaga mendaftarkan anak-anak mereka menyertai PICKids bermula 27 Januari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, sistem tempahan melalui aplikasi MySejahtera telah dibuka bagi memudahkan mereka mendaftar janji temu vaksinasi.

“Ia akan dimuat naik melalui Play Store yang boleh diakses dalam masa terdekat dan mereka boleh pilih lokasi serta masa sesuai divaksin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI