fbpx

Kereta mewah sudah, Wani Kayrie nak beli rumah pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANI KAYRIE

PETALING JAYA – Selepas berjaya membeli kereta idaman iaitu Mercedes-Benz CLA180 bernilai 192,000 pada Januari lalu, penyanyi dan pelakon Wani Kayrie berhasrat memiliki sebuah rumah sebagai aset untuk pelaburan jangka panjang.

Ujar selebriti muda berusia 21 tahun itu, sebelum mengakhiri zaman bujang, dia ingin membahagiakan keluarganya terlebih dahulu memandangkan dirinya merupakan anak sulung dalam keluarga.

“Saya bercadang hendak membeli rumah pula selepas ini untuk dijadikan pelaburan. Saya akan berusaha untuk kebahagiaan keluarga. Lagi pun saya ada ibu bapa dan adik beradik yang perlu dijaga.

“Insya-Allah saya akan berusaha keras untuk berjaya,” ujarnya ketika ditemu bual semasa sidang media secara virtual drama 3 Nota Cinta semalam.

Ketika diusik tentang perancangannya untuk berkahwin pada usia muda, pelantun lagu Jangan-Jangan itu mengakui belum mempunyai teman istimewa selain tidak terfikir langsung untuk mengakhiri zaman bujang.

“Perkahwinan bukan keutamaan saya buat masa ini. Saya mahu fokus dahulu dengan kerja. Soal jodoh, biar Allah SWT yang tentukan dan saya tidak akan sorok jika sudah bertemu calon nanti,” katanya.

Dalam drama 3 Nota Cinta, Wani akan membawakan watak seorang wanita yang sudah berkahwin bernama Aini.

Pertama kali membawakan watak seorang isteri, Wani mengakui peranan tersebut merupakan satu cabaran besar bagi dirinya untuk menjayakan watak sebagai Aini.

“Agak mencabar juga kerana saya masih bujang dan membawakan watak seorang wanita bergelar isteri. Namun mujur banyak yang membantu saya ketika di set penggambaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI