fbpx
NEELOFA meluahkan perasaannya seolah-olah sedang berasa terkurung ketika ini.

Berpantang, Neelofa rasa macam terkurung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Kenapa pada fasa awal kehamilan dan berpantang terasa seperti duduk di dalam ini?”

Demikian perkongsian selebriti popular, Neelofa yang mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sekeping foto berwarna hitam putih memaparkan sebuah pintu pagar atau jeriji besi seoalah-olah gambaran hidupnya yang sedang terkurung atau terpenjara.

Tidak menyatakan secara jelas mengenai situasi terkininya, bekas pengacara MeleTOP itu seperti ingin memberitahu kepada umum tentang emosi dan fizikalnya yang sedang terkurung.

Enggan membiarkan dirinya melalui situasi tersebut seorang diri, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 33, itu turut meminta pandangan ramai dalam InstaStorynya hari ini.

“Secara emosi dan fizikal. Saya seorang yang rasa begini atau ramai juga melalui perkara sama?

“Adakah normal? Boleh kongsi nasihat atau pengalaman?” katanya.

Terdahulu, Neelofa yang kini sedang melalui fasa berpantang selamat melahirkan bayi lelaki sulungnya, Muhammad Bilal pada 31 Januari di sebuat pusat perubatan swasta di ibu negara.

Sehingga hari ini, isteri kepada pendakwah terkenal, Haris Ismail itu tidak berkongsi wajah Bilal kepada umum.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. – KOSMO! ONLINE

POPULAR