fbpx

Lelaki Nigeria menyamar wanita untuk pikat lelaki kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan ketiga-tiga lelaki Nigeria yang ditahan di Lapangan Terbang Dubai. - Reddit

DUBAI – Tiga lelaki dari Nigeria ditahan oleh pihak berkuasa lapangan terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas percubaan mereka untuk  memasuki negara itu sebagai wanita kecundang, lapor laman za.opera.news. semalam.

Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Reddit, ketiga-tiga lelaki itu dilihat bukan sahaja memakai purdah, malah  turut menyolek wajah mereka dengan bedak wanita bagi mengelirukan polis.

Menurut pihak pendakwa raya, mereka cuba memasuki Dubai sebagai wanita dengan misi memikat  jutawan  dan mengaut kekayaan untuk diri sendiri.

Paparan video menunjukkan ketiga-tiga lelaki itu dipaksa menanggalkan purdah dan menampakkan sebahagian wajah yang tidak disolek.

Pihak polis tidak mempunyai sebarang kes ke atas mereka kecuali perbuatan berpakaian sebagai wanita.

Tiada maklumat mengenai tindakan lanjut yang diambil ke atas ketiga-tiga lelaki itu, namun percubaan mereka ternyata belum pernah berlaku di negara Teluk itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI