fbpx

Lebih 250 pelajar diculik penjenayah di Nigeria dibebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dalam bilik darjah di sebuah sekolah di Kuriga yang menjadi lokasi penculikan pelajar pada 8 Mac lalu. - AFP

ABUJA – Lebih 250 pelajar sekolah yang diculik kumpulan lelaki bersenjata dalam satu kejadian penculikan besar-besaran di barat laut Nigeria awal bulan ini, telah dibebaskan.

“Kanak-kanak dari sekolah di Kuriga yang diculik dibebaskan tanpa mengalami kecederaan,” kata Gabenor Negeri Kaduna, Uba Sani dalam satu kenyataan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana mereka dibebaskan.

Namun, saluran televisyen India TV memetik Uba sebagai berkata, Penasihat Keselamatan Negara Nigeria telah menyelaraskan pembebasan para pelajar tersebut.

“Tentera Nigeria juga patut mendapat pujian istimewa kerana mereka menunjukkan bahawa dengan keberanian, keazaman dan komitmen, ancaman jenayah boleh direndahkan dan keselamatan dipulihkan dalam komuniti kita,” katanya.

Kumpulan lelaki bersenjata itu minggu lalu menuntut wang tebusan sebanyak 1 bilion naira (RM3.2 juta) untuk membebaskan kanak-kanak dan kakitangan yang diculik.

Menurut penduduk setempat, kumpulan penjenayah tersebut mengancam untuk membunuh kesemua tebusan sekiranya wang itu tidak dibayar.

Geng penjenayah itu juga menjelaskan bahawa penculikan tersebut adalah cara untuk membalas dendam terhadap kerajaan dan pasukan keselamatan Nigeria kerana membunuh ahli kumpulan mereka. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI