fbpx

Istana enggan ulas status Covid-19 Ratu Elizabeth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Buckingham enggan mengulas mengenai kesihatan Ratu Elizabeth selepas menantunya, Camilla (kanan) disahkan positif Covid-19, kelmarin. - Samir Hussein/Wireimages

LONDON – Istana Buckingham menolak untuk memberi sebarang kenyataan mengenai status kesihatan Ratu Elizabeth II selepas menantunya, Duchess of Cornwall disahkan positif Covid-19, lapor akbar Daily Mail, kelmarin. 

Sumber diraja berkata Camilla, 74, telah menerima vaksinasi lengkap termasuk dos penggalak dan berkemungkinan mendapat jangkitan daripada suaminya, Putera Charles yang mula dikuarantin sejak Khamis lalu.

Camilla dan Putera Charles, 73, kini menjalani prosedur kuarantin tetapi pegawai Istana Buckingham menolak memberikan ulasan tentang keadaan kesihatan Ratu Elizabeth.

Pegawai diraja mengesahkan minggu lalu bahawa Ratu Elizabeth tidak mempunyai simptom tetapi enggan mengesahkan sama ada baginda diuji positif atau negatif.

Ini merupakan kali pertama Camilla dijangkiti virus itu tetapi merupakan kali kedua buat Putera Charles.

Berita ini diterima ketika doktor-doktor  sedang memantau kesihatan Ratu Elizabeth selepas Putera Charles disahkan positif Covid-19 kurang 48 jam selepas berjumpa bondanya pada minggu lalu.

Pihak Istana enggan menyatakan sama ada Ratu Elizabeth telah menjalani ujian calitan, adakah baginda mendapat jangkitan virus dan apakah keputusan ujian dengan alasan ia berkaitan dengan hak untuk privasi perubatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI