fbpx

‘Gelupuh mencelanak lari’ – Diva AA pula selar Iqbal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGACARA sensasi, DIVA AA menyelar penglibatan usahawan kosmetik, Iqbal Zulkefli dalam program realiti, Big Stage 2022.

PETALING JAYA – Pengacara bermulut lancang, Azwan Ali atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali tampil memberikan pandangan ‘bernasnya’ tentang kemelut sensasi melibatkan usahawan kosmetik, Iqbal Zulkefli.

Azwan, 56, mempersoalkan relevansi tindakan peserta pertama disingkirkan dari pentas Big Stage 2022 itu enggan yang ditemu bual wartawan usai tamai konsert minggu kedua hujung minggu lalu.

“Gelupuh mencelanak lari? Yeke tak sihat atau kau takut kena kecam ‘direct’ oleh pihak media.

“Malulah weh. Sudah-sudahlah drama bodoh kau itu. Pergi berambus,” ciap Azwan yang mesra disapa dengan gelaran Diva AA itu menerusi Twitter.

Ahad lalu, Iqbal atau lengkapnya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, mencipta kontroversi tersendiri apabila menjadi peserta pertama yang meninggalkan pentas program realiti terbitan Astro berkenaan dengan penuh drama.

Tidak cukup hanya tersingkir dan disifatkan ramai termasuk pihak juri yang mengatakan dirinya tidak layak bertanding, Iqbal turut memungut antara terendah dalam sejarah penganjuran Big Stage apabila juri tetap, Ajai hanya memberikan markah serendah empat peratus.

Bagaimanapun, penglibatan Iqbal yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan mogul kosmetik, Datuk Seri Diva mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

Ada yang menyifatkan Astro sebagai stesen televisyen tidak bertanggungjawab kerana mengambil pendekatan memanipulasi ‘populariti’ Iqbal namun membelakangkan perihal masa depan industri seni muzik tanah air. Tiidak kurang dengan itu, ada yang bersimpati dengan nasib yang menimpa usahawan berkenaan.

Ramai dalam kalangan netizen berpendapat, biarpun Iqbal tidak mempunyai bakat nyanyian, dia tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian sehingga menjatuhkan maruahnya hanya demi rating stesen televsiyen berbayar tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI