fbpx

Budak makan ‘sisa’ makanan di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu video menunjukkan dua kanak-kanak sedang menikmati sisa makanan di sebuah restoran di Sabah.

PETALING JAYA – Nasib atau rezeki setiap manusia adalah berbeza-beza, tidak sama, tidak terlebih mahupun berkurang.

Namun, perlu diingatkan sekiranya rezeki serta nasib kita sedikit baik, perlu tahu ada lagi orang yang masih bergelumang dalam mencari hidup mereka.

Satu klip video yang kini tular di media sosial menyaksikan dua kanak-kanak yang sedang menjamu sisa makanan orang lain ternyata menimbulkan rasa insaf orang ramai.

Video yang dirakam dipercayai di sebuah kedai makan di Semporna, Sabah itu benar-benar menguji tahap bersyukur kita sebagai umat Islam.

Melalui video tersebut, dua kanak-kanak itu sedang mengambil sisa makanan daripada pelanggan lain dan dilihat mereka amat menikmati sisa makanan terbabit.

Orang ramai yang menyaksikan video tersebut rata-rata sedih dengan keadaan yang mana masih berlaku ketika kita berada di tahun 2022.

“Terasa aku tengok video ni, kita boleh lihat anak kita di rumah makan apa sahaja yang mereka nak, tapi budak ini terpaksa makan apa yang ada di depan mata mereka.

“Sudah 2022, tapi ada lagi orang macam ni. Sesiapa yang ada rezeki lebih di sana tolong cari budak dua orang ni bantu mereka,” kata Mat Idham Azhar.

“Mungkin ini datang dari keluarga yang ada masalah, kita tidak tahu macam mana mereka lalui kehidupan selama ini.

“Video ini betul-betul menimbulkan satu perasaan syukur di atas apa yang kita ada, tidak perlu sombong berdiri di bumi ciptaan Allah ini,” kata Adam Radzi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI