fbpx

Bekas Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh dapat kebenaran tangguh pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekas Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Mohamed Khairuzzaman, berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah penggantungan sementara (interim) bagi menghalang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghantarnya pulang ke negara asal.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Mohamed Khairuzzaman selaku pemohon sehingga permohonan habeas corpus (penahanan salah) difailkannya bagi mencabar penahanan oleh pihak berkuasa Malaysia diputuskan mahkamah tinggi.

Terdahulu semasa prosiding, peguam Edmund Bon yang mewakili Mohamed Khairuzzaman berkata penangguhan sementara itu perlu dibenarkan kerana terdapat risiko bahawa anak guamnya boleh dihantar pulang pada bila-bila masa sebelum habeas corpus didengar pada 20 Mei ini.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wong Siew Mun yang bertindak bagi pihak Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Imigresen dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan selaku responden.

Pada 10 Februari lalu, media melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan Mohammed Khairuzzaman kini ditahan pihak berkuasa negara ini.

Tanpa mendedahkan Mohammed Khairuzzaman ditahan atas kesalahan apa, beliau berkata penahanan itu dilakukan mengikut prosedur perundangan sedia ada.

Menurut laporan media, Mohammed Khairuzzaman yang dilaporkan tinggal di Malaysia sebagai pelarian ditahan di rumahnya di Ampang dan dijangka dihantar ke Bangladesh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI